Wednesday, 16 January 2013

Muhasabah diri : Mari kita check sama-sama !!

Salam readers !!

Kehangatan Shanghai makin terasa !! Mana tak nya , pakej ke Shanghai dah bermula. Jom FIGHT habis-habisan....

Tapi topik kali ini bukan nya nak cerita pasal Shanghai, tapi nak cerita apa yang baim dalami sepanjang dalam bisness ni..Mari sama-sama kita membetulkan akhlak dan muhasabah diri kita...


Bila dengar jer MUHASABAH DIRI , pasti semua sudah tahu kan. Tapi adakan kita masih tidak melakukannya. Setiap hari kita perlu bermuhasabah diri kita. Seriously, kita tidak boleh lari dari melakukan kesalahan, tetapi kita dapat mengurangkan nya..Betul tak ??

Korang mesti tau apa itu muhasabah diri kan? Kebanyakan dari kita masih tidak melakukannya~ Setiap hari kita mesti muhasabah diri. Seyesly ia perlu untuk kita baiki diri kita. Konfem diri kita tak boleh lari dari melakukan kesalahan tapi kita boleh mengurangkannya kan??



Kenapa kita selalu diduga atau diuji ??

Orang yang selalu diduga atau diuji ini adalah orang yang disayangi oleh ALLAH. Kekadang kita dapat 
rasakan bahwa kenapalah urusan kita menjadi rumit dan susah sangat. Cuba kita fikir balik,pernah 
tak kita menyusahkan urusan orang lain sebelum ini ?? Pernah ada niat jahat tak pada orang 
sebelum ini ??Pernah buat orang menunggu kita berjam-jam ke ?? Pernah kita hiraukau panggilan 
telefon orang ??Kalau ada cepat-cepat buang ok. Sebab perbuatan kita dahulu, akan kita 
terasa sekarang..Setiap perkara bergantung kepada NIAT !!!


Kenapa kita selalu tak ada rezeki ??

Ini juga yang selalu di tanyakan. Selalu baim fikir, pernah tak baim terambil rezeki atau hak 
orang lain. Contohnya, masa kita kecil dulu, pernah tak kita mencuri buah di ladang orang, 
walaupun cuma buah,tapi ia tetap berdosa, kerana mengambil hak orang lain. Kadang kita 
fikir perkara itu dah menjadi biasa kan, Lagi-lagi sekat rezeki orang kan. Itu yang kerap 
berlaku kan.. Dulu masa mula nak join bisness ini, ramai yang down dengan bisness ni, 
ramai yang cakap bisness ini penipu lar...macam-macam lagi..padahal tak buat pun lagi..
itu lah namanya sekat rezeki orang. Takut-takut lepas ini Allah pula sekat rezeki kita. 
Kalau takda seperti yang disebut, maksudnya mesti ada rezeki besar ALLAH nak bagi nanti..
Insyallah !!



Kenapa kita jauh dari kejayaan ??

Kita rasa susah sangat nak menghampiri kejayaan kan, tengok orang lain senang jer merasai 
kejayaan itu, muhasabah diri kita balik, pernah tak sebelum ini kita SAKIT HATI tengok 
kejayaan orang lain, kalau sakit hati yang positif tidak mengapa lah juga, dengan sakit hati itu
dia berasa akan lebih usaha untuk berjaya, tetapi jika sakit hati sehinggakan melakukan sihir
atau sentiasa berdoa yang bukan-bukan agar kejayaan orang lain mundur ?? Tengok lah satu hari 
nanti..ALLAH akan bayar cash...apa yang kita minta hari ni, akan berlaku pada diri kita 
sendiri hari esok.






Kenapa masih tidak berkahwin atau belum dapat zuriat ??

Ini selalu diperosalakan . Selain masalah kesihatan , kita juga harus memikirkan , bersediakah 
kita menggalas tanggujawab sedemikian. Jangan kita mudah mengeluh dengan apa yang 
kita ada. Jodoh itu rahsia ALLAH...jika seruan itu sampai dahulu. Segeralah kita menunaikan 
salah satu ibadah ini..iaitu BERKAHWIN !!





Kenapa kita tidak dihormati atau dipandang ??

Masayarakat sekarang memang selalu nak mereka dihormati, tidak mereka tidak pula belajar 
untuk menghormati orang lain.Jangan pula kita mengharapkan orang memandang tinggi dengan 
pangkat tinggi yang kita ada sekarang. Ingat yang memberi rezeki ini datang dari ALLAH. 
Silap haribulan , dia tarik balik semua rezeki ini..baru masa itu kita nak ingat kat dia...
Nauzubillah himinzalik !!!


Entry kali ini memang dah lama ingin ditulis, tapi hari ini dengan angin yang sejuk ini, dapat 
memberi ilham kepada Baim untuk lebih bersemangat lagi nak tulis. Baim harap entri ini dapat 
memberi sedikit sebanyak kepada pembaca semua
agar kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri agar kita dapat memperbaiki kelemahan diri dan 
meningkatkan kualiti persembahan diri di masa akan datang.. INSYALLAH !!



                                What you give, You get Back !!



            Dapatkan free coaching secara eksklusif di tempat anda :



                                 PENANG-KEDAH-PERAK-PERLIS




Top Agent Premium Beautiful | UTARA
FB : Baim Yusoff & Ann Ruslan
Email : norainruslan@hotmail.com
Mobile :                         013-4584169            / 0194168481




No comments: