Showing posts with label rezeki allah. Show all posts
Showing posts with label rezeki allah. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Tips Untuk Hamil Anak pertama.

Sekadar Berkongsi !!


Assalamualaikum sahabat pembaca semua.
Alhamdulillah doktor sudah sahkan isteri saya sedang hamil anak pertama kami, usia kandungan lebih kurang 9 minggu termasuk hari ni. Kami sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ini, apa yang kami belajar adalah bukannya mudah untuk memiliki zuriat. Perlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi juga sebenarnya. :)



Macam mana nak buat tu, saya rasa semua orang dah tahu. Terserah pada diri masing-masing. Tips yang saya nak kongsikan ini adalah atas pengalaman kami berdua, bukannya niat nak mengajar tetapi hanyalah berkongsi atas kesilapan dan kekurangan yang kami pernah alami sebelum ini.
  1. Ketika melakukan hubungan intim sebaik-baiknya jangan berada di dalam keadaan tertekan, lupakan seketika masalah di tempat kerja dan sebagainya.
  2. Jangan terlalu berharap ingin memiliki zuriat dalam tempoh terdekat, kerana ianya sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan pasangan.
  3. Setiap suami seharusnya mengetahui bila waktu subur isterinya.
  4. Pengambilan makanan tambahan/suplemen juga adalah sangat penting ketika merancang kehamilan. Bukan sahaja kaum wanita yang perlu mengambil multivitamin, si suami juga perlu mengambilnya. Isteri saya sendiri saya bekalkan dengan multivitamin Iron Folic, dan Calcium Magnesium. Saya pula mengambil multivitamin Double X yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral, dan 17 pekatan tumbuhan. :)
  5. Sering berfikiran positif juga adalah perkara yang perlu diambil kira setiap pasangan.
  6. Akhir sekali, jangan lupa untuk meminta dan berdoa kepada Allah. Kerana segala kejadian adalah atas kuasaNya. Selepas itu barulah tawakal selepas berusaha…
Ini adalah sebahagian daripada pengalaman kami sendiri, jika rakan-rakan ada penambahan boleh juga berkongsi di ruangan komen di bawah. :)


Top Agent Premium Beautiful | UTARA




Dapatkan free coaching secara eksklusif di tempat anda :

PENANG-KEDAH-PERAK-PERLIS

Friday, 28 September 2012

Anugerah allah !!

Rezeki buat kami setelah bergelar suami/isteri




Alhamdulillah..Itulah ucapan pertama yang keluar dari mulut Baim setelah isteri Baim sudah di sahkan mengandung 9 minggu..Gembira tak terkata ya allah...syukur sangat dengan pemberian dan rezeki dari-MU.

Hari ini, 29 september 2012, Baim dan wife pergi buat checkup yang pertama di Klinik Syifa , Gelugor Penang|UTARA. Kami pilih klinik ini untuk buat check up yang pertama kerana, klinik ini dikendalikan oleh doktor muslimah, iaitu Doktor Arba'ie bt Osman. Didalam ISLAM pun pernah sebut , carilah doktor muslimah bagi isteri kamu, supaya aurat nya tidak dilihat oleh orang lain, kecuali pada waktu darurat. 

Syukur ke hadrat ilahi, dalam waktu doktor mengesahkan anugerah ALLAH ini, terdapat satu lagi anugerah allah yang masih tidak kelihatan sepenuhnya . Doktor menzahirkan ia sebagai kembar yang kedua. Alangkah terkejut dan berdebar-debar hati ini apabila doktor mengesahkan sedemikian rupa.

Memang pada mulanya, wife Baim teringin sangat nak anak kembar. selalu dia   mengikut kisah-kisah dari Sazzy Falak. Katanya, "bestkan abang kalau dapat anak kembar macam Sazzy".

Alhamdulillah , jika ini rezeki dari Allah buat kami, kami bersyukur teramat sangat. Cuma doktor mengatakan, ia hanya BERKUMUNGKINAN sahaja, doktor hanya dapat mengesahakan setelah kandungan 3 bulan dan keatas..jadi kami tidak mengharapkan apa-apa, cuma terima seadanya rezeki yang allah yang nak kurniakan kepada kami. 


Aamminnn Yaa rabbal Alaminnn....




Doktor Arbai'e ni sangat terkenal dengan rawatan menggunakan kaedah islam di utara MALAYSIA.


Diharap doa kalian semua dapat di iringi bersama-sama agar rezeki dari ALLAH ini kekal selamanya. AMINNN !!!


** Dengan pemakaian PREMIUM BEAUTIFUL juga dapat menjadikan ramai para-para isteri mengandung dan mudah mendapat zuriat. Tetapi niat kita kena selari dengan apa yang kita buat. HANYA ALLAH yang menentukan segalanya kepada kita. Ambil lah sebagai iktibar yee....



PREMIUM BEAUTIFUL



Dapatkan free coaching secara eksklusif di tempat anda :

PENANG-KEDAH-PERAK-PERLIS









Top Agent Premium Beautiful | UTARA
FB : Baim Yusoff & Ann Ruslan
Email : norainruslan@hotmail.com
Mobile :                         013-4584169            / 0194168481