Assalamualaikum sahabat pembaca semua.
Alhamdulillah doktor sudah sahkan isteri saya sedang hamil anak pertama kami, usia kandungan lebih kurang 9 minggu termasuk hari ni. Kami sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ini, apa yang kami belajar adalah bukannya mudah untuk memiliki zuriat. Perlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi juga sebenarnya.
Macam mana nak buat tu, saya rasa semua orang dah tahu. Terserah pada diri masing-masing. Tips yang saya nak kongsikan ini adalah atas pengalaman kami berdua, bukannya niat nak mengajar tetapi hanyalah berkongsi atas kesilapan dan kekurangan yang kami pernah alami sebelum ini.
- Ketika melakukan hubungan intim sebaik-baiknya jangan berada di dalam keadaan tertekan, lupakan seketika masalah di tempat kerja dan sebagainya.
- Jangan terlalu berharap ingin memiliki zuriat dalam tempoh terdekat, kerana ianya sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada diri sendiri dan pasangan.
- Setiap suami seharusnya mengetahui bila waktu subur isterinya.
- Pengambilan makanan tambahan/suplemen juga adalah sangat penting ketika merancang kehamilan. Bukan sahaja kaum wanita yang perlu mengambil multivitamin, si suami juga perlu mengambilnya. Isteri saya sendiri saya bekalkan dengan multivitamin Iron Folic, dan Calcium Magnesium. Saya pula mengambil multivitamin Double X yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral, dan 17 pekatan tumbuhan.
- Sering berfikiran positif juga adalah perkara yang perlu diambil kira setiap pasangan.
- Akhir sekali, jangan lupa untuk meminta dan berdoa kepada Allah. Kerana segala kejadian adalah atas kuasaNya. Selepas itu barulah tawakal selepas berusaha…
Ini adalah sebahagian daripada pengalaman kami sendiri, jika rakan-rakan ada penambahan boleh juga berkongsi di ruangan komen di bawah.
Top Agent Premium Beautiful | UTARA
Top Agent Premium Beautiful | UTARA
Dapatkan free coaching secara eksklusif di tempat anda :
PENANG-KEDAH-PERAK-PERLIS
No comments:
Post a Comment