Friday 28 September 2012

Doa-doa amalan semasa mengandung !!

Buat Bakal- bakal Ibu di luar sana !!


Info dari *Top Premium Beautiful | UTARA

Assalamualaikum.
Semoga anda berada di dalam keadaan sihat.
Hari ini Baim tercari-cari di Google, doa dan amalan ketika mengandung. Baim rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran. Kerana Baim pernah terbaca, ada pengusaha lembu yang memainkan bacaan al-Quran di kandang peliharaan lembu supaya lembu-lembu tersebut dapat menghasilkan daging yang enak dan lembut.
Jika lembu sendiri sukakan bacaan al-Quran, inikan pula kita sebagai manusia. :)
Teknik ini memang sudah diamalkan dikalangan bangsa Jepun dan Yahudi, contohnya mereka memainkan muzik klasik daripada Mozart, dan Beethoven bagi merangsang bayi di dalam kandungan dikalangan wanita mereka.
Tetapi kita sebagai umat Islam, tak perlulah terlalu taksub memainkan muzik Mozart, atau Beethoven. Lebih baik kita amalkan membaca al-Quran, selain daripada memperolehi anak yang sihat dan bijak dapat pahala pula tu.
Info ini Baim perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.



Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


  • Surah Al-Araaf ayat 189


Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.


Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.


  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.


Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.


  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;


  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.


Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;



Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;



Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.


  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…





PREMIUM BEAUTIFUL

Dapatkan free coaching secara eksklusif di tempat anda :

PENANG-KEDAH-PERAK-PERLIS






Top Agent Premium Beautiful | UTARA

FB : Baim Yusoff & Ann Ruslan
Email : norainruslan@hotmail.com
Mobile :                         013-4584169            / 0194168481


No comments: